"owh, hampir oceania, saya dari Malaysia" jawap ku. biasa la, kalau berjalan2 di negara2 mat saleh ni, hampir semua akan memandang anda seperti makhluk asing dari Marikh.
"huhu, saya kenal Malaysia, orang2 malaysia ada kulit yang cantik2. sangat esotik! kamu tahu, kami selalu berharap negara kami ni beriklim tropika..." aku hanya tersenyum, sebab otak aku serabut memikir kan perhentian apa yang akan aku turun nanti.
itu adalah antara babak yang aku ambil pada tahun lepas ketika aku melarikan diri selama seminggu ke rumah Muiez di Jerman.
masyarakat eropah menganggap orang2 asia (terutama yang berketurunan nusantara) adalah esotik. kulit sawo matang, mata bundar hampir kecoklatan, rambut hitam berkilat, serta raut wajah yang manis dan tenang (aku bukan describe diri sendiri yer!aku ckp secara umum).
ermm, esotik sangat ke? apa sangat yang dimaksudkan esotik tu? esotik tu sama dengan aneh ke?
barang2 esotik sangat berharga, termasuk kucing jenis exotic shorthair ni, di Perancis harga nya mencecah 2000 euros!!!Orang melayu : minta maaf kepada kaum lain, pada hari ini, aku ingin bercakap mengenai kaum terbesar di Malaysia ni. boleh? meh kita kumpul markah.
orang melayu pada dasarnya memang esotik. raut wajah orang melayu ni pelbagai, dari wajah orang asli seperti Dayang Norfaizah, cina seperti Nik Aziz, India seperti Mahathir, mat Saleh seperti Sazzy Falak hingga la ke pada Afrika seperti Ning Baizura. semua tu melayu. esotik kan? hakikatnya bangsa melayu ni tak ada yang tulen, semua sudah bercampur.
satu markah jika anda orang melayu.
orang melayu pada dasarnya memang esotik. raut wajah orang melayu ni pelbagai, dari wajah orang asli seperti Dayang Norfaizah, cina seperti Nik Aziz, India seperti Mahathir, mat Saleh seperti Sazzy Falak hingga la ke pada Afrika seperti Ning Baizura. semua tu melayu. esotik kan? hakikatnya bangsa melayu ni tak ada yang tulen, semua sudah bercampur.
satu markah jika anda orang melayu.
baik, tambah satu markah lagi!tahniah!
seterusnya beragama islam. haaa?islam lagi tak tu?ke pada nama jer? jgn terkejut, orang melayu itu tak semestinya islam, kalau ikut perlembagaan memang la yer, tapi hakikatnya. lu pikir la sendiri yer. tapi orang melayu ni rasanya lebih sayangkan bangsa dari agama. kami marah kalau ada org persendakan melayu, tapi buat gelap mata jer kalau pemuda2 bukan mahram pegang tangan , berjudi, minum arak, terkinja2 mcm beruk kat disco. x pe la, orang kita kan banyak tolak ansur...
ok, kalau anda islam yg sebenar2nya, tambah lagi satu markah.
ok, kalau anda islam yg sebenar2nya, tambah lagi satu markah.
ok, tambah satu markah jika anda berkekalan dgn pasangan masing2!yg couple2 tu tak dikira, sebab perhubungan tak sah (haram).
pada festival makanan sedunia ditempat kami, warung orang malaysia adalah antara warung yang paling mendapat sambutan. sehingga ada orang2 asing ni tak nak berganjak2 dan memborong bersih semua makanan. (kawan kami dari kuwait rasa kecewa dan dia minta penganjur jarakkan warung dia dari warung malaysia!hahaha!). sebabnya makanan malaysia ni semua bangsa suka makan, sebab dah banyak pengaruh itu ini, makanan kita sebenarnya bercitarasa antarabangsa. (tapi aku pelik bila ada orang2 melayu ni yg mcm jakun gila dgn spageti, pizza, etc...hahaha!pelik la...).cintai masakan anda!
tambah satu markah tuk pencinta masakan malaysia!
tambah satu markah tuk pencinta masakan malaysia!
jika anda lelaki, tapi anda sangat teror memasak. atau anda perempuan, tapi anda tahu tukar kepala paip. syabas beta!!!anda sgt esotik. tapi sebenarnya dah tak esotik dah, coz perkara ni mmg dah biasa dah. pembahagian tugas tu dah sama banyak antara lelaki dan perempuan. bagus2. esotik!
tambah satu markah tuk diri masing2 k.
ermm, pasal flora n fauna tak yah la cerita yer, sbb memang sedia maklum esotik. (korang tau tak, org2 kat perancis ni, gila2 denagn kucing kampung kita, sebab muka kucing malaysia tiga segi, esotik diorang kata. n kalau aku bwk ke sini, aku leh jual sampai 500 euros tuk kucing2 kat pasar tu!)
yang ni x der markah, coz melibatkan haiwan n tumbuhan!hahaha!
lagi satu bahasa. bahsa melayu adalah sangat esotik. tatabahasa yang agak mudah, dan pernah menjadi lingua franca. lagi satu, oleh kerana sebutan dalam bahasa melayu pelbagai, maka orang2 kita boleh bertutur mana2 bahasa dengan lancar sekali (diakui pelbagai pihak!). dan setiap sorang paling kurang tahu dua bahasa (tak wujud orang melayu yang tahu satu bahasa jer)
so satu markah tuk yang masih bertutur dalam bahasa melayu!



